Ma’had Sinar Tahfiz & Kefahaman al-Quran (SHIFA)

Sekolah tahfiz pilihan!!!

Ma’had Sinar Tahfiz & Kefahaman al-Quran (SHIFA)

Ma’had Sinar Tahfiz & Kefahaman Al-Quran (SHIFA) telah memulakan operasinya pada 1 Februari 2021 di Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) dengan 7 orang pelajar. SHIFA bukan semata-mata tahfiz al-Quran, tetapi menerapkan juga kefahaman al-Quran, asas ilmu Bahasa Arab dan Pengajian Islam serta akademik. Pada 2 Januari 2022, SHIFA berpindah ke Kompleks sendiri di Kompleks SHIFA, Lot 3307, Lorong Haji Abu Bakar, Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, 40460, Selangor Darul Ehsan.

VISI & MISI SHIFA

Visi

Membentuk generasi huffaz yang berilmu dan berdaya saing tinggi dalam pasaran karier di era millennium.

Misi

Mendidik generasi huffaz memahami setiap hafalan dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat umum dengan telus dan bijaksana.

OBJEKTIF SHIFA

1. Melahirkan generasi penghafal 30 juz al-Quran dan mengingatinya dengan baik.

2. Membangunkan generasi yang memahami al-Quran 30 juz dan menyampaikannya kepada masyarakat.

3. Menghasilkan pelajar yang menguasai asas Bahasa Arab dan Pengajian Islam yang lain.    

Us. Abdul Rahim bin Daud

Mudir SHIFA

Aktiviti SHIFA

Poster SHIFA

  • Pendaftaran Pelajar Baru Tahun 2025

    PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MA’HAD SINAR TAHFIZ & KEFAHAMAN AL-QURAN (SHIFA), SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2025 KINI DIBUKA !! Ingin menyambung pelajaran dalam bidang tahfiz yang menyediakan kelas SPM?Tetapi tidak tahu nak sambung ke mana? JOM REBUT PELUANG INI ‼️ Ma’had Sinar Tahfiz & Kefahaman al-Quran (SHIFA) kini membuka pendaftaran sesi persekolahan tahun 2025 bagi yang berumur…

    CONTINUE READING: Pendaftaran Pelajar Baru Tahun 2025
  • Jawatan Kosong Guru Sambilan Tahsin Al-Quran / Intership

    Sekolah: Ma’had Sinar Tahfiz & Kefahaman al-Quran – SHIFA, Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam, Selangor. Tempat tinggal, makan minum disediakan. Syarat– Mempunyai sijil atau diploma tahfiz al-Quran atau Sarjana Muda tahfiz al-Quran– Pelajar yang sedang mencari tempat praktikal– Elaun disediakan– Berakhlak mulia.– Tidak merokok. Ada pengalaman & hafiz/hafizah satu kelebihan.Kemasukan Oktober 2024 Sila emelkan…

    CONTINUE READING: Jawatan Kosong Guru Sambilan Tahsin Al-Quran / Intership
  • Majlis Khatam Hafazan 30 Juzuk AL-Quran

    Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Puji dan syukur kepada Allah SWT buat julung-julung kalinya Ma’had SINAR Tahfiz & Kefahaman al-Quran – SHIFA meraikan pelajar pertama yang berjaya Khatam Hafazan Al-Quran 30 Juzuk. Tahniah diucapkan kepada Saudari Noor Fadhilah binti Faijullah atas kejayaan beliau menghabiskan hafazan Al-Quran bermula 07 April 2022 hingga 02 September 2024. Perjuangan selama 2…

    CONTINUE READING: Majlis Khatam Hafazan 30 Juzuk AL-Quran